c

Latihan Induksi untuk kakitangan Pusat Internet Kg. Pandan

2 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Ogos 2019, Pengurus dan Penolong Pengurus baharu telah dilantik dan mula bertugas di Pusat Internet Kg.Pandan. Oleh itu , latihan induksi untuk Pengurus dan Penolong Pengurus baharu diadakan dan telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada tarikh 2 Ogos 2019, 3 Ogos 2019 dan 4 Ogos 2019. Latihan yang diadakan bertujuan untuk melatih pekerja baharu tentang tatakerja, tugas serta tanggungjawab dan menjelaskan hal-hal berkenaan dengan Pusat Internet.

Latihan pada hari pertama yang berlangsung pada hari Jumaat (2 Ogos 2019) diadakan di Pusat Internet Krokong, Bau yang bermula pada 0900 pagi hingga 0500 petang dan dikendalikan oleh kakitangan Pusat Internet Krokong. Latihan pada hari tersebut merangkumi penerangan tentang KPI 2019, hal berkaitan dengan cuti, borang-borang, MyComm, CBC Data dan program advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali